Wednesday, April 22, 2015

Kebudayaan Negara Argentina

Republik Argentina adalah sebuah Negara Amerika Latin yang terletak di bagian selatan benua Amerika Selatan. Argentina mempunyai kawasan yang luas dan merupakan negara terbesar kedelapan di dunia, sedangkan ibu kotanya adalah Buenos Aires yang merupakan salah satu kota metropolitan yang terpadat di dunia. Nama resminya untuk kepentingan legislatif ialah 'Negara Argentina'.
Nama "Argentina" diambil dari istilah latin argentum yang berarti 'perak'. Saat penjajah Spanyol mulai berlayar ke Rio de La Plata kapal mereka menabrak karam, dan pemimpin ekspedisi Juan Diaz de Solis yang selamat diberi hadiah perak oleh para orang pribumi. Orang Spanyol pun mulai menamakan sungai Solís, Río de la Plata ("Sungai Perak"). 

Nama Argentina sendiri pertama kali digunakan dalam buku Sejarah Penemuan, Populasi dan Penaklukan (Historia del descubrimiento, población, y conquista del Río de la Plata) oleh Ruy Díaz de Guzmán's pada tahun 1612, dan menamakan daerah tersebut sebagai daerah Tierra Argentina (Tanah Perak).


KEBUDAYAAN

Bahasa
Argentina merupakan sebuah negara yang unik karena merupakan salah satu negara di Amerika Latin di mana orang Eropa diterima dan tidak merasa terpinggirkan. Ini terjadi karena pengaruh budaya Spanyol dan Italia yang kuat. Spanyol adalah bahasa resminya tetapi bahasa lain juga dituturkan di sini termasuk Jerman, Inggris, Italia dan Perancis. Anggota  perdagangan di sini menggunakan bahasa Inggris dengan meluas. Walaupun, pengaruh Eropa telah menyatu dengan kesenian, penulisan serta gaya hidup rakyat Argentina, negara ini masih dapat melestarikan identitasnya yang tersendiri.


Tarian


Di penjuru dunia banyak tersebar kebudayaan yang unik dan menarik. Salah satunya dalam bentuk tarian yang memperlihatkan kultur negara setempat. Bahkan kini tarian khas setiap negara itu menjadi salah satu destinasi wisata yang digemari wisatawan. Argentina memiliki tarian yang khas yaitu tari Tango. Tarian ini kian menjadi tujuan wisatawan dari berbagai daerah atau negara. 
Tarian tango berasal dari kawasan kota Buenos Aires dan Montevideo di Rio de La Plata, perbatasan Argentina dan Uruguay. Tarian ini awalnya merupakan kebiasaan, kepercayaan, dan bagian upacara masyarakat kelas bawah bekas budak Afrika bagi penduduk asli Rio de La Plata serta campuran imigran Eropa di wilayah tersebut. Ritual dan kebiasaan tersebut kemudian digabungkan dan diubah menjadi identitas budaya yang khas, yakni tarian modern yang bernama tango. 
Kata tango pertama kali digunakan pada tahun 1890-an. Tango sendiri berasal dari bahasa Latin ‘tangere’ yang berarti menyentuh. Namun ada yang menyatakan berasal dari bahasa Spanyol ‘tambo’ kemudian pengucapannya menjadi tango. Ada juga yang mengatakan berasal dari kata ‘shango’ yang dalam bahasa Nigeria berarti ‘Tuhan’.
Tarian yang banyak dipengaruhi oleh budaya Spanyol dan Afrika ini begitu cepat populer di masyarakat. Pertama kali disebarkan keluar Argentina ke negara-negara Eropa oleh para penari Argentina yang bepergian ke Eropa. Dipertunjukkan pertama kali di kota Paris, kemudian di London dan Berlin yang selanjutnya diikuti kota-kota lainnya. Di Amerika, tarian ini pertama kali dipertunjukkan di kota New York pada akhir tahun 1913. Di Buenos Aires, tango merupakan tarian rakyat golongan kelas bawah namun sekarang tango menjadi demikian terkenal dan merupakan tarian yang berkelas di acara-acara ballroom.


Makanan
Dalam hal makanan, orang Argentina terbiasa dengan daging sapi, kambing dan babi sebagai makanan utama. Teh pula ialah minuman yang popular dan salah satu budaya Argentina ialah pemberian teh mate, sebagai tanda penerimaan seseorang.


Kehidupan Sehari-hari
Orang Argentina jika bertemu dengan teman yang sudah lama berpisah, sesama pria akan berpelukan, sesama wanita akan begandeng tangan dan mencium pipi. Jika memberikan hadiah ke orang Argentina, jangan berupa barang yang sejenis pakaian. Orang Argentina senang apabila anaknya dipuji, dekorasi rumahnya dipuji dan masakan mereka dikatakan enak. Berbicara dengan orang Argentina jangan menyentuh masalah agama, politik, sepak bola, dan taman yang ada di Negara mereka.

Orang Argentina suka dalam mengundang tamu ke rumahnya dan saat bertamu ke rumah orang Argentina, jangan lupa membawakan bunga atau permen untuk tuan rumah wanita. Perlu diperhatikan bahwa jam makan malam orang Argentina adalah jam 9-10 malam. Sebelum makan malam biasa akan ada acara minum-minum yang biasa dimulai jam 7-8.

Satu adat Argentina yang sangat menarik adalah ketika tahun baru, mereka biasanya mandi 1 kali di sungan dan dinamakan "Mandi Tahun Baru". Orang Argentina akan menaburkan bunga-bunga di sungai kemudian mereka semua akan masuk ke sungai untuk mandi kembang. Orang Argentina mempercayai hal ini dapat membersihkan kesialan dan menambah rejeki di tahun yang baru.


Sukan di Argentina
1.    Bola Sepak
Argentina dikenali di seluruh dunia sebagai negara bola sepak. Negara ini pernah menjadi tuan rumah pertandingan bolasepak yang terunggul iaitu Piala Dunia pada tahun 1978dan pernah menjuarai pertandingan berprestij ini sebanyak dua kali iaitu pada 1978 dan 1986. Bola sepak atau dalam bahasa tempatan Futbol merupakan kegilaan ramai di negara ini dan setiap minggu mereka akan berkumpul di stadium untuk menonton pasukan kegemaran mereka bertanding. Setiap tahun terdapat dua pertandingan liga nasional: "Torneo Clausura" dari Februari ke Julai, dan "Torneo Apertura" dari Ogos ke Disember.
2.    Tenis
Sukan tenis semakin popular pada akhir 80an apabila Gabriela Sabatini mengharumkan nama negara menjadi pemain tenis ketiga terbaik dunia antara 1991 dan 1993. Kini Argentina mempunyai pasukan yang paling mantap dengan 12 pemain berada ditangga 100 terbaik didunia. 
3.    Pato


Pato merupakan suatu sukan yang unik di Argentina, dan ia mula dipermainkan oleh kaum Gaucho. Pato bermakna "itik" di dalam bahasa Sepanyol. Pada asalnya permainan ini melibatkan dua pasukan penunggang kuda dan Pato iaitu sebuah bag (pouch) kulit yang mengandungi seekor itik. Bag ini mempunyai dua pemegang dan seorang dari kedua pasukan ini akan menarik pemegang sehinggalah ia terlepas. Pemain yang dapat merampas pato tersebut akan dikejar oleh pasukan lawan untuk mendapat kembali pato tersebut. Sukan ini amat berbahaya dan telah diharamkan pada 1882. Namun pada akhir 1930an, telah dihidupkan semula dan diberi nafas baru. Sekarang dua pasukan yang terdiri daripada empat pemain akan cuba melontar pato yang baru, sebuah bola kulit dengan enam pemegang, kedalam jaring pihak lawan.


Adab
Lazimnya penduduk berkulit putih terutamanya di bandar raya Buenos Aires adalah bersifat konservatif. Memastikan eye contact (Hubungan Mata) adalah penting. Berjabat tangan adalah biasa bagi pertemuan pertama. Selain itu, menepuk bahu adalah tanda persahabatan. Pergerakan tangan memberus dari dagu terus ke dahi bermaksud "Saya tidak tahu" atau "Saya tidak peduli". Dengan ibu jari dan jari yang bersentuhan (seperti mencubit garam), dan seseorang itu menepuk dengan jari telunjuk yang bermakna "lekas" atau "banyak". Adab yang lain ialah menutup mulut bila menguap atau batuk.


Keluarga
Wanita di Argentina adalah amat dihormati dalam beberapa perkara terutamanya sebagai tonggak sesebuah keluarga. Namun mereka dianggap kelas kedua seperti di alam pekerjaan. Berbanding dengan Amerika Serikat, wanita jarang sekali memegang peranan utama dalam kerajaan. Oleh yang demikian, wanita adalah terbatas kepada peranan tradisionalnya iaitu sebagai ibu. Kini peratus rumahtangga yang diketuai oleh wanita kian meningkat sejak dekade yang lalu.
Walaupun wanita menikmati hak yang sama dengan kaum lelaki, mereka masih ketinggalan dari segi sosial dan ekonomi. Oleh itu wanita yang berpendidikan terpaksa melalui masalah yang sama seperti kebanyakan wanita di negara lain, iaitu sukar mendapat pekerjaan sebagai eksekutif ke atas terutamanya di sektor perniagaan. Untuk menampung hidup keluarganya, wanita yang berpendidikan terpaksa menerima pekerjaan bergaji rendah.
Kebanyakan remaja akan tinggal dengan keluarganya sehinggalah mereka berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Anak-anak lazimnya hidup dalam keluarga yang besar bersama dengan saudara-mara sebagai sahabat yang paling dekat dan ini berterusan sehinggalah mencapai alam dewasa. Sebagai ketua sebuah keluarga, lelaki di sini memberi keutamaan kepada keupayaan menampung serta melindungi maruah keluarganya. Maruah amat penting dalam sebuah keluarga dan juga merupakan elemen utama dalam kejayaan sesebuah perniagaan. Kaum wanita mesti melindungi reputasi mereka dan juga keluarganya sama seperti kaum lelaki melindungi maruah keluarganya.



Arsitektur
Negara Argentina merupakan salah satu Negara yang memiliki bangunan bersejarah terbak di Dunia. Berikut beberapa bangunan bersejarah yang terdapat di Negara Argentina:


 Caedral de La Plata













Iglesia de Los Capuchinos
















Katedral Iglesia












Basilica de Lujan












Catedral de San Isidro
















Our Lady of the Rosary Chapel of Candonga
















Torre Tanque












Iglesia Stella Maris












Monte Calvario












Mar del Plata Cathedral
















Faro Querandi